Dlynd Gold Ditubuhkan Sejak 2014

INFO KAMI

Berpengalaman selama 16 tahun sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan di Hospital Besar Kuantan

Datin Aslinda Hj Awang

Lembaga Pengarah di ATSB Oil.

MENGENAI PENGASAS DLYND GOLD

Berasal dari Kelantan, Datin Aslinda Hj Awang merupakan Lembaga Pengarah di ATSB Oil.Berpendidikan dalam bidang Juruteknologi
Makmal Perubatan, beliau mempunyai pengalaman selama 16 tahun sebagai seorang Juruteknologi Makmal Perubatan di Hospital Besar Kuantan. Berbekalkan pengalaman ini, beserta dengan pengalaman selama 7 tahun dalam bidang perundingan, jualan serta pemasaran perawatan kulit dan kesihatan, Datin Aslinda telah menubuhkan Syarikat Dlynd Enterprise pada tahun 2014.

2014
MISI & VISI DLYND ENTERPRISE

Dlynd Enterprise berhasrat untuk memperkenalkan manfaat penggunaan minyak sacha inchi melalui jenama Dlynd Gold kepada
rakyat Malaysia dan juga luar negara. Dengan penggunaan produk kami, kami ingin menjadikan rakyat Malaysia hidup dalam
keadaan sihat, cantik dan kuat dari segi fizikal dan mental supaya Malaysia mampu melangkah ke satu tahap yang lebih maju dan produktif di masa akan datang.

SEORANG WANITA TUA YANG “MUDA”

04

Inspirasi Dlynd Gold

Siapa sangka pertemuan dengan seorang nenek tua boleh mencetuskan satu idea yang dapat memanfaatkan orang lain? Pada beberapa tahun yang lalu, pengasas Dlynd Gold iaitu Datin Aslinda telah bertemu dengan seorang wanita berusia yang disangka beliau berumur dalam lingkungan 60-an. Setelah bersuai kenal, wanita tua itu sebenarnya telahpun berusia dalam lingkungan 90-an! Terdetik di fikiran Datin Aslinda untuk menanyakan amalan dan rahsia wanita awet muda tersebut.

Nenek tersebut tidak lokek dalam berkongsi rahsia dan ilmu kecantikan tradisionalnya, dan telah menunjukkan beberapa helai daun yang dipanggil kacang emas kepada Datin Aslinda. Nenek itu memberitahu Datin Aslinda yang daun tersebut merupakan amalan dalam pemakanan sehariannya. Datin Aslinda masih tertanya-tanya akan nama sebenar daun tersebut, dan setelah menyiasat dengan lebih lanjut dengan bantuan rakan-rakannya dan maklumat yang diperoleh, daun misteri itu merupakan daun sacha inchi.

Maka terhasillah produk yang berasaskan sacha inchi bernama Dlynd Gold. Kaya dengan omega 3, 6, 9 dan juga vitamin A dan E, produk tersebut bertujuan membantu penggunanya dalam menjadi sihat, cantik dan kuat dari segi fizikal dan mental secara semulajadi. Ditambah dengan reputasi sacha inchi di mata dunia, yang dianggap sebagai ‘superfood’, maklumbalas yang diterima dari para pengguna Dlynd Gold amat memberangsangkan.

Pada 27 Oktober 2014, Syarikat Dlynd Enterprise berjaya ditubuhkan dengan tujuan untuk membina jenama produk keluaran Dlynd Gold yang berasaskan bahan-bahan semulajadi diseluruh dunia. Nama ‘Dlynd’ adalah gabungan nama Dato’ Naswadi (yang juga merupakan suami pengasas) dan Datin Aslinda. Perniagaan utama syarikat ini adalah untuk membekalkan produk kecantikan dan kesihatan. Pada dasarnya, produk Dlynd Gold bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan seseorang.